Tanggungjawab Pengeluar kepada Pengguna

• Memberikan harga yang berpatutan
• Kuantiti yang tepat
• Produk berkualiti
• Selamat digunakan
• Maklumat yang tepat
• Mesra alam


Bentuk Penyelewengan yang Sering Dilakukan oleh Pengeluar :

• Harga barang yang tidak stabil
• Kegiatan menyorok barang
• Barang yang berkualiti rendah
• Barangan yang membahayakan pengguna
• Timbangan dan sukatan yang tidak tepat
• Maklumat yang mengelirukan


Salah satu pasaraya yang menjual barangan dengan murah..

Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak Sebagai Pengguna

  • Menjadi pengguna yang tidak mudah ditipu

Pengguna yang tahu menjaga kepentingan haknya akan sentiasa berhati-hati dalam segala tindakan. Mereka akan membeli barang mengikut keperluan, membuat belanjawan dan peka terhadap sesuatu serta tidak mudah tertipu oleh iklan, tawaran istimewa, dan sebagainya.


  • Tidak berlaku penyelewengan oleh pengeluar

Pengeluar tidak akan mengeluarkan barang tanpa maklumat yang lengkap sekiranya pengguna tahu menjaga haknya. Pengeluar juga akan memastikan mutu, timbangan, dan kandungan bahan adalah tepat seperti yang dinyatakan pada label.


  • Menjadi individu bermaklumat

Pengguna yang bermaklumat mempunyai kebolehan untuk membuat pilihan dengan bijak. Pembaziran dari segi barang dan wang tidak akan berlaku dan pengguna akan memilih barang yang benar-benar bermutu.

 


  • Menjadi ahli masyarakat yang bersatu padu dan berwibawa Pengguna yang tahu menjaga kepentingan haknya akan menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Mereka bersatu dalam melakukan tindakan untuk kepentingan bersama.
  •  
     
    Sama seperti konsep 1 Malaysia


    Hak Pengguna dalam Peruntukan Undang-undang


    Hak yang terdapat dalam peruntukan undang-undang yang tertentu.
    Akta Perihal Dagangan 1972(Pindaan 1982)
    Akta ini akan memberi  hak kepada pengguna untuk mendapat keterangan yang benar dan tepat berkenaan barang atau perkhidmatan dan harga barang tersebut.Pengguna juga mempunyai hak untuk diberi pengiklanan yang tidak mengelirukan.
    Akta Kawalan Harga 1946(Pindaan)
    Akta ini memberi  pengguna hak untuk mendapat harga yang tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan bagi barang kawalan.Sekiranya pengguna dikenakan harga yang lebih tinggi daripada harga maksimum yang ditetapkan tanpa disedari,pengguna berhak untuk menuntut kembali harga lebihan yang dikenakan.
    Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952(Pindaan 1983)
    Hak pengguna dalam ordinan ini ialah untuk membeli barang atau ubatan yang menggunakan bahan kimia yang minimum dalam proses pembuatannya.
    Akta Timbang dan Sukat 1972
    Pengguna perlu mengetahui hak mereka dalam akta ini yang berkaitan penggunaan alat timbangan dan sukatan.Mereka berhak menolak penggunaan alat timbangan yang tidak diperakui oleh kerajaan.
    Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973)
    Akta ini memberi hak kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi walaupun pada hari perayaan.pengguna juga berhak mendapat barang yang mempunyai tanda harga, label, gred, kualiti, berat, dan jenis barang untuk memudahkan membuat perbandingan dan pemilihan.
    Peraturan Makanan 1985
    Hak pengguna dalam akta ini ialah mendapat maklumat daripada label berkaitan tarikh pembuatan, tarikh habis guna, bahan yang digunakan dinyatakan dengan jelas serta sumber makanan berkenaan.Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat barang yang  tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.
    Akta Sewa Beli 1967
    Pengguna yang membeli barang secara kredit berhak untuk mendapat kadar faedah yang tertentu dan telah ditetapkan oleh kerajaan.
    Akta Elektrik 1973
    Keselamatan pengguna berkaitan penggunaan alatan elektrik merupakan hak pengguna dalam akta ini. Barang elektrik yang ada di pasaran perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Bekalan Elektrik(JBE) terlebih dahulu.
    Akta Label 1980
    Pengguna berhak  untuk mendapatkan maklumat  lengkap berkaitan barang daripada label barang berkenaan.Label  barang mesti mengandungi lima aspek penting,iaitu: 
    • Maklumat asas seperti jenama,harga,tarikh luput,nama,dan alamat pengeluar. 
    • Maklumat kandungan bahan atau ramuan. 
    • Arahan penggunaan. 
    • Amaran dan petunjuk. 
    • Label jelas dan mudah dibaca.
    Akta Mutu Alam Sekitar 1974
    Akta ini digubal untuk mengawal pencemaran alam sekitar yang dilakukan oleh orang perseorangan, kilang perusahaan, dan seumpamanya. Akta ini melarang sesiapa sahaja membakar sampah sarap atau bahan buangan di kawasan terbuka.

    BERITA PENGGUNA

    HAK PENGGUNA :MASIH RAMAI YANG TIDAK SEDAR

    SHAH ALAM 18 Mac — Kira-kira 42 peratus daripada pengguna yang disurvei didapati masih tidak menyedari hak mereka sebagai pengguna termasuk hak untuk menuntut ganti rugi melalui Tribunal Tuntutan Pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Beliau berkata hasil dapatan itu diperolehi melalui satu kajian ke atas 5,000 responden tahun lepas.

    "Berdasarkan kajian ini, ramai yang tidak peka dan tahu tentang hak mereka sekiranya berlaku penindasan, malah ada yang tidak tahu mereka mempunyai saluran untuk mengadu bagi menuntut hak mereka sebagai pengguna apabila dinafikan oleh pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau menyampaikan geran bantuan bernilai RM500 setiap satu kepada Kelab Pengguna Sekolah dari 117 buah Sekolah Menengah di Selangor.Ismail Sabri berkata terdapat juga responden yang tidak mengetahui bahawa bayaran serendah RM5 dikenakan bagi membuka sesuatu kes di tribunal, tanpa perlu melantik peguam.

    PENGGUNA BIMBANG AKIBAT KEKURANGAN GULA!!

    REAKSI TERHADAP DAKWAAN KEKURANGAN GULA DI PASARAN

    Berita kekurangan gula dibeberapa negeri kebelakangan ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai terutamanya mereka yang beragama Islam sempena Ramadan dan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di seluruh negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku seperti yang digembar gemburkan. Diantara negeri yang dilaporkan mengalami masalah kekurangan gula ini ialah negeri-negeri di Utara Semenanjung dan Selangor.

    Isu:

    • Menimbulkan persoalan, kegusaran dan panik dalam kalangan orang ramai dan menyebabkan mereka menyimpan stok gula yang berlebihan untuk persediaan.
    • Ianya dilihat sebagai taktik pihak yang berkepentingan seperti pengilang dan peniaga untuk menaikkan harga gula menjelang setiap musim perayaan seperti bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

    KRISIS KEKURANGAN GULA



    RAKYAT MALAYSIA KINI BIMBANG AKIBAT KEKURANGAN GULA YANG BERLAKU KINI. PENIAGA-PENIAGA HILANG PELANGGAN AKIBAT KETIADAAN GULA. SIAPAKAH YANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB?