Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.


Terdapat akta yang melindungi pengguna iaitu akta perihal dagangan 1972. Akta ini memberi perlindungan kepada pengguna dari segi amalan perdagangan atau perniagaan yang tidak sihat. Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan seperti berikut:


a. Melarang penggunaan perihal dagangan palsu ke atas barang-barang, harga dan perkhidmatan.
b. Memberi peruntukan kuasa kepada Menteri untuk menghendaki maklumat-maklumat yang perlu sebelum barang-barang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan.
c. Peruntukan mengenai kesalahan serta penalti ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan serta kuasa-kuasa bertindak berhubung dengan kesalahan-kesalahan tersebut.

 
Mengetahui tanda harga bagi setiap barang..dan pastikan barang itu murah!!

0 comments:

Post a Comment