Hak Pengguna dalam Peruntukan Undang-undang


Hak yang terdapat dalam peruntukan undang-undang yang tertentu.
Akta Perihal Dagangan 1972(Pindaan 1982)
Akta ini akan memberi  hak kepada pengguna untuk mendapat keterangan yang benar dan tepat berkenaan barang atau perkhidmatan dan harga barang tersebut.Pengguna juga mempunyai hak untuk diberi pengiklanan yang tidak mengelirukan.
Akta Kawalan Harga 1946(Pindaan)
Akta ini memberi  pengguna hak untuk mendapat harga yang tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan bagi barang kawalan.Sekiranya pengguna dikenakan harga yang lebih tinggi daripada harga maksimum yang ditetapkan tanpa disedari,pengguna berhak untuk menuntut kembali harga lebihan yang dikenakan.
Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952(Pindaan 1983)
Hak pengguna dalam ordinan ini ialah untuk membeli barang atau ubatan yang menggunakan bahan kimia yang minimum dalam proses pembuatannya.
Akta Timbang dan Sukat 1972
Pengguna perlu mengetahui hak mereka dalam akta ini yang berkaitan penggunaan alat timbangan dan sukatan.Mereka berhak menolak penggunaan alat timbangan yang tidak diperakui oleh kerajaan.
Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973)
Akta ini memberi hak kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi walaupun pada hari perayaan.pengguna juga berhak mendapat barang yang mempunyai tanda harga, label, gred, kualiti, berat, dan jenis barang untuk memudahkan membuat perbandingan dan pemilihan.
Peraturan Makanan 1985
Hak pengguna dalam akta ini ialah mendapat maklumat daripada label berkaitan tarikh pembuatan, tarikh habis guna, bahan yang digunakan dinyatakan dengan jelas serta sumber makanan berkenaan.Pengguna juga mempunyai hak untuk mendapat barang yang  tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.
Akta Sewa Beli 1967
Pengguna yang membeli barang secara kredit berhak untuk mendapat kadar faedah yang tertentu dan telah ditetapkan oleh kerajaan.
Akta Elektrik 1973
Keselamatan pengguna berkaitan penggunaan alatan elektrik merupakan hak pengguna dalam akta ini. Barang elektrik yang ada di pasaran perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Bekalan Elektrik(JBE) terlebih dahulu.
Akta Label 1980
Pengguna berhak  untuk mendapatkan maklumat  lengkap berkaitan barang daripada label barang berkenaan.Label  barang mesti mengandungi lima aspek penting,iaitu: 
  • Maklumat asas seperti jenama,harga,tarikh luput,nama,dan alamat pengeluar. 
  • Maklumat kandungan bahan atau ramuan. 
  • Arahan penggunaan. 
  • Amaran dan petunjuk. 
  • Label jelas dan mudah dibaca.
Akta Mutu Alam Sekitar 1974
Akta ini digubal untuk mengawal pencemaran alam sekitar yang dilakukan oleh orang perseorangan, kilang perusahaan, dan seumpamanya. Akta ini melarang sesiapa sahaja membakar sampah sarap atau bahan buangan di kawasan terbuka.

0 comments:

Post a Comment