Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.


Beberapa Ciri Produk Di dalam Rumah yang Berpotensi Menyebabkan Masalah Keselamatan

1. Bahan Pembersih Rumah

a) Pencuci lantai adalah bahan kimia yang berbahaya jika ditelan, kadang-kadang menghakis tangan dan jika dilepaskan dengan banyak ke dalam perairan seperti sungai akan menyebabkan masalah pencemaran sumber air dan bekalan air minum. Beberapa jenis pencuci lantai tidak boleh dicampur dengan peluntur berasaskan klorin. Gas klorin yang terhasil akan menghakis lapisan membran paru-paru dan menyebabkan radang tekak.

b) Pengguna perlu berhati-hati dan mendapatkan maklumat yang betul sebelum membeli dan menggunakan bahan pembersih dan menggunakan dengan bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan alam sekitar.

2. Racun Serangga Dan Makhluk Perosak

a) Racun makhluk perosak mengandungi bahan-bahan yang mempunyai potensi untuk membahayakan pengguna. Sisa-sisa

b) Akta Racun Makhluk Perosak telah menyenaraikan jenis-jenis bahan kimia yang tidak boleh digunakan di Malaysia.

3. Bateri Untuk Peralatan Elektrik Dan Telekomunikasi

a) Bateri mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan lama sekitar. Bateri mengandungi logam berat berbahaya seperti merkuri,perak dan nikel.

b) Bateri harus dilupuskan secara terkawal dan tidak boleh dibuang ke dalam aliran sampah biasa.

4. Peralatan Elektrik

a) Risiko kejutan elektrik. Kabel peralatn elektrik tidak boleh terdedah dan tidak harus bersentuhan dengan benda basah.

 Sirim yang diluluskan selamat digunakan

SIRIM mula beroperasi pada tahun 1996 dengan misi untuk membantu pengusaha meningkatkan daya saing menerusi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi dan kualiti.

0 comments:

Post a Comment