BERITA PENGGUNA

HAK PENGGUNA :MASIH RAMAI YANG TIDAK SEDAR

SHAH ALAM 18 Mac — Kira-kira 42 peratus daripada pengguna yang disurvei didapati masih tidak menyedari hak mereka sebagai pengguna termasuk hak untuk menuntut ganti rugi melalui Tribunal Tuntutan Pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Beliau berkata hasil dapatan itu diperolehi melalui satu kajian ke atas 5,000 responden tahun lepas.

"Berdasarkan kajian ini, ramai yang tidak peka dan tahu tentang hak mereka sekiranya berlaku penindasan, malah ada yang tidak tahu mereka mempunyai saluran untuk mengadu bagi menuntut hak mereka sebagai pengguna apabila dinafikan oleh pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menyampaikan geran bantuan bernilai RM500 setiap satu kepada Kelab Pengguna Sekolah dari 117 buah Sekolah Menengah di Selangor.Ismail Sabri berkata terdapat juga responden yang tidak mengetahui bahawa bayaran serendah RM5 dikenakan bagi membuka sesuatu kes di tribunal, tanpa perlu melantik peguam.

0 comments:

Post a Comment