Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.





Akta Berkaitan Dengan Hak Mendapat Ganti Rugi ialah:
  • Akta Kontrak,1950- Akta ini menggariskan tanggungjawab semua dalam apa jua perjanjian..
  • Akta Jualan Barangan,1957- Akta ini melindungi pihak yang membuat jual beli barangan termasuk pengguna dari segi kesesuaian dan jaminan barangan.
  • Ganti rugi akan dibuat dalam bentuk:
  • Barang yang sama jenis
  • Barang yang berlainan jenis tetapi mempunyai nilai yang sama
  • Memulangkan wang yang dibayar kepada pengguna



Cara Membuat Aduan

Aduan secara terus
  • Bawa barang dan resit sebagai bukti pembelian ke kedai/premis peniaga
  • Berunding dengan penjual/pengurus kedai
  • Sekiranya aduan tidak dilayan, buat aduan bertulis kepada penguat kuasa / Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aduan bertulis
  • Simpan semua maklumat yang berkaitan dengan urusan di dalam fail
  • Dapatkan bukti tentang masalah yang dihadapi
  • Kumpulkan data/statistik berkaitan aduan
  • Rujuk undang-undang berkaitan
  • Buat aduan bertulis dengan ringkas dan  jelas serta lampirkan dokumen sokongan

  • Catatkan mengikut kronologi dan pastikan membuat tindakan susulan




    0 comments:

    Post a Comment