PENGGUNA BIJAK

  • Membeli barangan berkualiti.
  • Membuat perbandingan harga.
  • Memilih perkhidmatan terbaik.
  • Membuat pilihan yang tepat.

BIJAK BERBELANJA !!

  • Buat senarai sebelum berbelanja.
  • Bandingkan harga barang sebelum membeli.
  • Membeli setelah tawar-menawar.
  • Beli bahan tidak mudah rosak secara pukal.
  • Beli barangan perlu, bukan mengikut nafsu.
  • Amalkan sikap berjimat-cermat.

HAK PENGGUNA



Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Setiap pengguna perlu tahu haknya dan menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Antara haknya iaitu:

• Hak untuk mendapat keperluan asas
• Hak untuk mendapat keselamatan
• Hak untuk mendapat maklumat
• Hak untuk membuat pilihan
• Hak untuk mendapat ganti rugi
• Hak untuk menyuarakan pendapat
• Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
• Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat























Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah menyedari hak-hak kita sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan berhemah.Jangan biarkan diri kita ditipu dengan mudah oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Hak untuk menyuarakan pendapat

Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.




Barangan mestilah mesra alam untuk mendapatkan alam sekitar 
yang sihat

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.




Buku panduan pengguna sebagai rujukan...- hanya contoh

Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.





Akta Berkaitan Dengan Hak Mendapat Ganti Rugi ialah:
  • Akta Kontrak,1950- Akta ini menggariskan tanggungjawab semua dalam apa jua perjanjian..
  • Akta Jualan Barangan,1957- Akta ini melindungi pihak yang membuat jual beli barangan termasuk pengguna dari segi kesesuaian dan jaminan barangan.
  • Ganti rugi akan dibuat dalam bentuk:
  • Barang yang sama jenis
  • Barang yang berlainan jenis tetapi mempunyai nilai yang sama
  • Memulangkan wang yang dibayar kepada pengguna



Cara Membuat Aduan

Aduan secara terus
  • Bawa barang dan resit sebagai bukti pembelian ke kedai/premis peniaga
  • Berunding dengan penjual/pengurus kedai
  • Sekiranya aduan tidak dilayan, buat aduan bertulis kepada penguat kuasa / Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aduan bertulis
  • Simpan semua maklumat yang berkaitan dengan urusan di dalam fail
  • Dapatkan bukti tentang masalah yang dihadapi
  • Kumpulkan data/statistik berkaitan aduan
  • Rujuk undang-undang berkaitan
  • Buat aduan bertulis dengan ringkas dan  jelas serta lampirkan dokumen sokongan

  • Catatkan mengikut kronologi dan pastikan membuat tindakan susulan